Wednesday, May 15, 2013

Ultra Light - Barramundi Heaven

Tarikh  : May 2013
Lokasi : Rikaraya Fishing Park, Kota Belud Sabah
Target  : Barramundi / Siakap Putih / Selunsung
Kos     : RM5.00 - Kolam A dan B / tangkap dan lepas

Baru baru ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke Rikaraya Fishing Park yang terletak di daerah Kota Belud. Tujuan utama saya ke sana adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi artikel saya yang akan datang.

Tapi, alang alang dah sampai saya dan abang Rafie terus mengilat di kolam yang dikhaskan untuk catch and release sahaja walaupun waktu itu hujan turun menggila.

Tidak banyak persediaan yang kami bawa, sekadar set ultra light 2-6lb dan beberapa gewang ultra kecik  seperti Rapala Ultra Light Shad dan beberapa grub.

Barramundi, strike terawal dari abang Rafie.

                   Reel    : Daiwa Ryoga 1016L
                   Rod     : Daiwa Crossbeat 8-16lb ( model 662MRB )
                   Line     : Fins 20lb
                   Leader : Sufix Superior 30lb
                   Lure     : Berkley Power Bait Grub / model Fire Tiger (MPG2-FT 1082415)
   
Siakap merah / Mangrove jack pun ada di kolam ini.

                    Reel    : Shimano Stella 1000FE          
                    Rod     : Evergreen Temujin 'The Spider' 2-6lb (TMJS-61SUL)
                    Line     : Berkley Fireline Fused Origina 4lb
                    Leader : Stren Original 6lb
                    Lure     : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )

Anak kerapu yang sangat frenzy petang itu. Tak menang tangan dibuatnya.
Gewang : Berkley Power Bait Grub / model Fire Tiger (MPG2-FT 1082415)

Close up.
Gewang : Berkley Power Bait Grub / model Fire Tiger (MPG2-FT 1082415)

 Dalam hujan pulak dia frenzy.
Gewang : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )

Makin lebat hujan, makin menjadi jadi mangrove jack ni.
Gewang : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )
 
Barramundi dari kolam A.
Gewang : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )

Memang tak menang tangan melayan anak kerapu.
Gewang : Berkley Power Bait Grub / model Fire Tiger (MPG2-FT 1082415)

Dari kolam B, Barramundi yang turut 'menggila' dalam hujan lebat.
Gewang : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )

Berkley Power Bait Grub yang cukup menjadi jika kena cara menggayakannya.
Gewang : Berkley Power Bait Grub / model Fire Tiger (MPG2-FT 1082415)

Anak kerapu yang tetap terselit diantara mangrove jack dan barramundi.
Gewang : Rapala Ultra Light Shad ( model : Silver Purple )

Alhamdulillah, walaupun hanya berkesempatan mengilat kurang dari dua jam namun kami tetap puas melayan penghuni kolam A dan B di Rikaraya Fishing Park.

Bagi saya jika anda mempunyai waktu yang terhad untuk trip boatbased, di sinilah antara tempat yang sesuai untuk menghilangkan gian mengilat ikan muara.


Rapala Ultra Light Shad

 Antara gewang Rapala Ultra  Light Shad yang saya gunakan.
Tiga daripadanya putus di 'potong' barramundi yang melompat.


Rapala Ultra Light Shad

- Jenis     : Tenggelam Perlahan (Slow Sinking)
- Panjang : 4cm
- Berat     : 3g
- Harga    : RM25.90



Assalamualaikum.

Sunday, May 5, 2013

Spin Fly Kolam Kura Kura

Tarikh  : May 2013
Lokasi : Ranau Sabah
Target  : 1. Haruan
             2. Talapia

Akhirnya, setelah beberapa lama kami mencari lokasi mengilat haruan dalam radius sekitar Ranau, akhirnya ketemu juga lokasi baru untuk kami santai mengilat haruan petang petang.

Kolam ini belum dapat kami teroka sepenuhnya kerana masih belum berkesempatan. Kunjungan pertama saya dan Abang Rafie ini hanyalah sekadar untuk meninjau spot spot dan teknik yang sesuai untuk mengilat haruan.

Saya telah memilih untuk menggunakan teknik spin fly dengan mensasarkan talapia dan haruan.

 Inilah dia kura kura yang menanti di kolam ini.

Dari mana datangnya kura kura ini, saya pun kurang pasti.

Halangan awal untuk akses ke kolam ini.

Selepas itu, kami disambut oleh pelangi petang 
yang seakan tahu ada kehadiran orang baru ke kolam ini.

Kolam ini memang luas dan agak dalam.

Permukaan kolam yang luas dan dasar yang kurang bereba.

Set up yang saya dan Abang Rafie guna.

                  Reel    : Shimano Calcutta Conquest 101
                               Megabass Monoblock Carrozeria Limited Racing Milano    
                  Rod     : Pflueger Razor Tip 4-8lb
                               Evergreen Temujin Crossfire 'Quad Twister' 5-12lb (TXFC-66L)
                  Line     : Power Pro 20lb    
                               Tufline XP 10lb                       

Clouser minnow yang diberi sifu fly fishing
Pak Amin sewaktu kami bertemu baru baru ini.

Lembu pun berminat untuk menjadi penonton. Hehehe.

Beberapa strike yang rabut dari Abang Rafie
Mungkin masih belum terjumpa rentak sambaran haruan di kolam ini.

 'Anak kanai', strike pertama saya di kolam kura kura ini.
Gewang : Clouser minnow

Clouser minnor pemberian sir Jeff dari blog http://jepp79.blogspot.com/,
sifu fly fishing dari Sandakan.

Strike ke dua, ikan sasaran saya petang itu.

                  Reel    : Megabass Monoblock Carrozeria Limited Racing Milano            
                  Rod     : Evergreen Temujin Crossfire 'Quad Twister' 5-12lb (TXFC-66L)
                  Line     : Tufline XP 10lb
                  Leader : Varivas Shock Leader 20lb
                  Lure     : Pattern clouser minnow.

Setelah beberapa kali rabut dan terkorban clouser minnow pemberian 
Pak Amin, naik juga akhirnya talapia gemuk ini.

Inilah sebenarnya sasaran saya dan Abang Rafie.
*gambar dari arkib.

Kami tamatkan sesi kami pada petang itu setelah senja mula berlabuh. 
InsyaAllah kami akan kerap datang ke kolam ini untuk menduga haruannya.


Spin Fly

Pertemuan dengan Pak Amin baru baru ini, membolehkan saya mencuba teknik 
spin fly ini kerana ada beberapa pattern clouser minnor pemberian beliau 
yang boleh saya gunakan untuk teknik ini.

Perambut spin fly yang saya guna. 
Saya menggunakan clip (saiz #1 / #0) kerana mudah untuk saya menukar umpan fly. 
Ada kekurangan bila anda menggunakan clip kerana renangan  
clouser minnow  akan menjadi sedikit keras.

Perambut tanpa clouser minnow. Panjang anggaran 2-3 jengkal.

Ladung VFox yang saya gunakan.

*Contoh perambut spin fly

- Alternatif kepada pemancing yang tidak menggunakan pancing layang.
- Kelebihan, jarak lontaran yang jauh bila menggunakan umpan pancing layang.
- Kekurangan, aksi umpan tidak sebaik penggunaan pancing layang.
- Ladung VFox : 3gram / RM5.50
                         Oceansea Sportfishing Malaysia, Seri Kembangan Selangor.   
                         http://www.oceanseasportfishing.com/
- Sumber / kredit kepada Majalah Pancing Bil.167 / booklet Panduan Pancingan Haruan #2.


Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...