Jumaat, 15 Februari 2013

Lesen Pelian 2013!

Tarikh  : 15 Februari 2013
Lokasi : Ranau Sabah
Target  : Pelian/Kelah 

Setelah hampir dua bulan memasuki tahun 2013, saya masih belum merenew lesen Pelian untuk tahun ini.

Alhamdulillah, Fiq rakan saya dari Ranau Caster United (R.C.U) telah mempelawa saya untuk mencuba lubuk terbaru bagi projek Pelian 2013 R.C.U.

Macam orang mengantuk di sorongkan bantal, tanpa berlengah saya packing barang untuk test drive lubuk baru Pelian!

Betapa hati tidak sabar untuk mencuba di lubuk baru ini!

Fiq bersama keluarganya dan Ustaz Jazlan
Kami turun pun secara santai sahaja sekadar untuk hilangkan letih bekerja.

 Padi bukit yang cantik menghijau.

 Sungai yang cantik ini menanti untuk projek Pelian R.C.U 2013.
Strike pertama dari Ustaz Jazlan
Tak perlu jauh, hanya di depan lokasi kereta di parking.

Lesen Pelian 2013!

                  Reel    : Megabass Monoblock Carrozeria Limited Racing Milano            
                  Rod     : Evergreen Temujin Crossfire 'Quad Twister' 5-12lb (TXFC-66L)
                  Line     : Tufline XP 10lb
                  Leader : Varivas Shock Leader 20lb
                  Lure     : Spoon 12gram ( model - lupa )

 Alhamdulillah, dapat juga renew lesen Pelian/Kelah untuk tahun ini.


 Saiz remaja yang kuat melawan.


Antara lubuk yang terdapat di sini.

Melihatkan lubuk pun hati saya dapat 
agak yang penghuninya pasti boleh tahan saiznya.

 Tepat tekaan saya! 
Fiq yang memang sifu di lubuk ini membuktikannya pada saya.

 Pelian hasil tunjuk ajar sifu Fiq!

Kami menapak sedikit ke hulu.

 Di sini Peliannya lebih menggila.

                  Reel    : Megabass IS 79 Ultimate Competition Red Clutch Limited        
                  Rod     : Evergreen Temujin Crossfire 'Quad Twister' 5-12lb (TXFC-66L)
                  Line     : Tufline XP 8lb
                  Leader : Varivas Shock Leader 20lb
                  Lure     : Spoon Lemax 14gram ( model 5105 )


 Saiz yang hampir sama yang kami dapat sepanjang dua lubuk ini.

 Pelian craze!

Kelah menggunakan spinner Viva Kozo 12gram.

                  Reel    : Megabass IS 79 Ultimate Competition Red Clutch Limited        
                  Rod     : Evergreen Temujin Crossfire 'Quad Twister' 5-12lb (TXFC-66L)
                  Line     : Tufline XP 8lb
                  Leader : Varivas Shock Leader 20lb
                  Lure     : Viva Kozo Spin 12gram ( model #159N )

Spinner comel!

 Spinner ini bersifat tenggelam (sinking) seronok untuk di seret di dasar.

 Saya terjumpa lubuk tenang di balik batu dan 
cuba cuba jigging menggunakan Viva Kozo Spin.

 Akibatnya, teruk spinner comel ini dibelasah!
Sayangnya...

 Kami hanya mencuba di dua lubuk daripada 
keseluruhan sembilan lubuk yang ada.

 Senja yang memanggil manggil kami supaya pulang.

 Alhamdulillah, syukur kerana saya berpeluang menyaksikan 
keindahan Gunung Kinabalu yang tersergam indah.

Syukur kerana saya berpeluang merenew lesen Pelian/Kelah saya untuk tahun 2013 ini. Harapnya menjelang musim kemarau nanti kami dari Ranau Caster United (R.C.U) dapat meneroka lubuk ini dengan lebih menyeluruh.

Saya akan kembali lagi ke lubuk ini bersama rakan rakan saya, InsyaAllah


VIVA KOZO SPIN.


 Model yang saya gunakan.

Antara pilihan warna yang ada.

- Jenis     : Tenggelam (Sinking)
- Panjang : 25mm
- Berat     : 12g
- Harga    : RM56.50
- http://www.vivalures.com/viva-kozo-spin-lures.php



Assalamualaikum :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...